Ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dan kini telah memasuki tahun kelima (2012) penubuhannya. Berbekalkan moto disiplin kualiti cemerlang`, sekolah ini terus mengorak langkah maju ke hadapan.
Pada tahun 2008, sekolah ini hanya mempunyai 33 orang guru termasuk pentadbirnya manakala pada tahun 2009 bilangannya telah bertambah menjadi 62 orang guru,dan jika dikira pada tahun lepas bilangan peningkatan guru telah bertambah menjadi 87 orang.Manakala staf sokongan juga telah bertambah daripada 3 orang guru kepada 6 orang. Kini, bilangan guru dan juga staf di SMK Taman Desa2 telah meningkat kepada lebih 100 orang.
Selain itu peningkatan bilangan pelajar yang begitu ketara apabila SMK Taman Desa2 mula beroperasi dengan jumlah pelajar pertamanya 511 orang meliputi Tingkatan Peralihan,Satu,Dua dan Empat sahaja. Untuk tahun kedua (2009) bilangan pelajar telah bertambah ke 1132 orang dan tahun 2010 jumlahnya telah bertambah lagi kepada 1148 orang yang melibatkan pelajar Tingakatan Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima dan juga Pendidikan Khas. Kesan pertambahan murid pada tahun 2010,maka dibuka persekolahan pada sesi petang.